SELAMAT DATANG KE BLOG PENDIDIKAN KHAS SK MELEKEK

Sunday, April 3, 2011

Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Zon Alor Gajah 2011

Kejohanan Balapan dan Padang Pendidikan Khas Zon Alor Gajah telah diadakan pada 22 dan 23 Feb 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansur Shah. SK Melekek mendapat tempat kedua kategori sekolah rendah dengan pungutan pingat 2 emas, 2 perak dan 3 gangsa. tahniah diucapkan

Lawatan Dalam Stesen 2011

Lawatan ke Balai Polis Simpang Empat ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid PPKI Sk Melekek kepada tempat-tempat awam seperti balai polis. Tahun lepas, PPKI telah melawqat balai bomba, kini PPKI SKM melawat balai polis pula. banyak pengetahuan baru didapati dari lawatan ini. di harap agar lawatan ini sedikit sebanyak dapat mendisiplinkan murid sk melekek.

Acara awal Hari Sukan Sekolah 2011

Sukan Sekolah diadakan pada 24 Februari 2011. PPKI SK Melekek mengadakan acara awal hari sukan pada 18 Februari kerana ini memberi laluan kepada Sukan Peringkat Zon Alor Gajah pada 22 dan 23 Februari. Antara acara awal yang diadakan adalah sukaneka (2 acara) dan acara padang seperti 100m dan 200m.

Lawatan IPG Kampus Temenggung Ibrahim, Johor

Lawatan ini adalah merupakan julung kali untuk PPKI SK Melekek. Terima kasih diucapkan kepada guru pelatih dari IPG Kampus TI yang sudi datang ke PPKI SK Melekek. Segala kekurangan harap dimaafkan... Semuga semua mendapat manfaat dari lawatan ini... InsyaAllah

Perpindahan Guru 2010

Majlis meraikan guru yang berpindah telah diadakah di SK Melekek. Antara guru PPKI yang diraikan adalah Pn Hjh Asaiah, En Mohd Nazri dan Ustaz Ahmad Azri. Selamat bertugas di tempat baru.... Jangan lupakan kami di sini ya!

Monday, November 8, 2010

Jamuan akhir Tahun dan Sambutan Hari Lahir Kali ke-2 2010


Jamuan Akhir Tahun dan Sambutan Hari Lahir Kali ke-2 2010 telah diadakan pada 8 November 2010 di Haniff Corner, Alor Gajah. Jamuan pada kali ini adalah untuk meraikan hari lahir 15 orang warga PPKI SK Melekek yang terdiri dari kalangan murid, guru mahupun PPM. Jamuan ini telah berlangsung dengan meriah sekali dan tentunya warga Pend Khas amat berbesar hati dengan kehadiran yang amat disayangi Puan Guru Besar, GPK 1 dan GPK Koku... terima kasih kerana sudi hadir....

Keluarga PPKI SK Melekek 2010


Detik-detik manis 2010.....