SELAMAT DATANG KE BLOG PENDIDIKAN KHAS SK MELEKEK

Monday, November 8, 2010

Jamuan akhir Tahun dan Sambutan Hari Lahir Kali ke-2 2010


Jamuan Akhir Tahun dan Sambutan Hari Lahir Kali ke-2 2010 telah diadakan pada 8 November 2010 di Haniff Corner, Alor Gajah. Jamuan pada kali ini adalah untuk meraikan hari lahir 15 orang warga PPKI SK Melekek yang terdiri dari kalangan murid, guru mahupun PPM. Jamuan ini telah berlangsung dengan meriah sekali dan tentunya warga Pend Khas amat berbesar hati dengan kehadiran yang amat disayangi Puan Guru Besar, GPK 1 dan GPK Koku... terima kasih kerana sudi hadir....

Keluarga PPKI SK Melekek 2010


Detik-detik manis 2010.....

Murid PPKI SK Melekek 2010


Inilah murid-murid PPKI SK Melekek bagi tahun 2010.

Projek Ikan Hiasan dan Taman Rekreasi


Projek Ikan Hiasan dan Taman Rekreasi ini adalah hasil kerjasama semua guru, ppm dan murid-murid PPKI SK Melekek. Taman ini diwujudkan bagi memberikan suasana ketenangan dan menceriakan persekitaran program. Selain itu, murid-murid pendidikan khas juga dapat dididik menyayangi alam sekitar dan bertanggungjawab terhadap haiwan dan tumbuhan. Murid-murid juga dapat mendisiplinkan diri dengan mengikut jadual yang ditetapkan untuk penyiraman tanaman dan memberi makan kepada haiwan peliharaan

Kejohanan Tenpin Boling Zon Alor Gajah 2010


Tahniah.... PPKI SK Melekek telah berjaya menggondol dan membawa pulang 3 piala pusingan dalam Kejohanan Tenpin Boling Zon Alor Gajah 2010 kali ini.... Tahniah sekali lagi... Johan bagi kategori Lelaki Bawah 11, Perempuan bawah 14 dan Perempuan bawah 11... manakala tempat ke3 tuk kategori Lelaki Bawah 14. syabas.....

Sukaneka dan Pertandingan Mewarna di PDK Durian Tunggal


Sukaneka diadakan di PDK Durian Tunggal pada 13 Oktober 2010 bersamaan Hari Rabu. Sukaneka ini diadakan atas usahasama dengan guru2 dari IPGM dengan pihak PDK. Murid PPKI SK Melekek telah menyertai beberapa acara sukaneka dan pertandingan mewarna dan telah memenangi beberapa acara termasuk pertandingan mewarna. Syabas diucapkan...

Saturday, October 2, 2010

Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Pelancaran Blog Zon Alor Gajah


Majlis sambutan hari raya dan pelancaran blog telah diadakan pada 2 Oktober 2010 bersamaan hari Sabtu. Majlis berlangsung dengan meriah dan diserikan dengan kehadiran Tuan Ketua Sektor yang amat disayangi bersama dengan En Aziz (Ketua Unit) dan Ustaz Yahya.... Terima kasih kerana sudi hadir

Kem Bestari Solat 2010


Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Khas Zon Alor Gajah telah mengadakan Kem Bestari Solat pada 2 September yang lalu... PPKI SK Melekek telah menghantar 5 orang wakil menyertai program ini

Persembahan Murid Pendidikan Khas


Murid Pendidikan Khas telah membuat persembahan sempena bulan PSS sepanjang bulan Ogos yang lau. Tahniah kerana berani mencuba

Majlis Perpisahan Guru Praktikum Alia n KE


Selamat berpisah... Jangan lupakan kami di sini ya....

Friday, October 1, 2010

Lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi


SK Melekek telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Pulau Langkawi pada 4 hingga 7 Ogos yang lalu. Lawatan 4 hari 3 malam ini adalah bertujuan untuk memberi peluang murid pendidikan khas menaiki kapal terbang. PPKI SK Melekek menaiki pesawat AirAsia dari LCCT sepang menuju ke Lapangan Terbang Pulau Langkawi. Selain dapat melihat keindahan dan kecantikan pulau, kami juga amat seronok kerana dapat menghabiskan masa untuk membeli-belah.

Monday, September 27, 2010

Kemahiran Membeli-belah di Pasaraya Mydin


Program lawatan sambil belajar dijalankan untuk meningkatkan fungsi kognitif, emosi serta psikomotor murid-murid, merangsang murid keperluan khas untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran dan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan diri murid ketika berada di tempat awam. Program ini telah dijalankan pada 29 Julai 2010, hari Khamis dari pukul 10.00 pg – 1.30 petang. Program ini telah berjaya mencapai objektifnya kerana muri-murid dapat menyiapkan tugasan yang deberikan dengan betul dan tepat

Sambutan Hari Lahir Kali Pertama 2010


Sambutan hari jadi kali pertama telah diadakan pada 23 Julai 2010 (Jumaat). Ia merupakan satu aktiviti tahunan untuk menghargai murid-murid pendidikan khas yang lahir dari bulan Januari hingga bulan Julai. Ini juga satu dorongan untuk murid-murid lebih menghargai diri sendiri dan rasa di hargai. Harapan sambutan ini juga adalah untuk memupuk hubungan yang baik antara guru dengan murid dan juga ibu bapa secara tidak langsung.

Kejohanan Padang Dan Balapan Zon Alor Gajah 2010


Kejohanan Padang dan Balapan Pendidikan Khas Zon Alor Gajah telah diadakan selama 2 hari (19 dan 20 Julai 2010) di SK Dato’ Naning. PPKI Sekolah Kebangsaan Melekek telah menghantar seramai dua belas (12) orang pelajar sebagai atlet kejohanan mewakili sekolah ke peringkat zon Alor Gajah. Seramai lima (5) orang guru dilantik sebagai pegawai teknikal kejohanan, seorang (1) guru pengiring selaku pengurus pasukan dan dua (2) orang pembantu pengurusan murid terlibat dalam kejohanan tersebut. PPKI SK Melekek telah berjaya merangkul 2 pingat emas, 5 perak dan 3 gangsa.

Majlis Perpisahan Guru Praktikum






Majlis ini diadakan pada 23 April 2010 iaitu pada hari Jumaat. Majlis ini adalah untuk meraikan guru praktikum, Cikgu Naziera dan Cikgu Ayu dari IPPM, Melaka.

Terapi Boling






Terapi boling telah diadakan pada 14 April 2010 (Rabu) di Ampang Superbowl, Mahkota Parade. Terapi Boling ini dijalankan khusus untuk memperkenalkan permainan Boling kepada murid-murid Pendidikan Khas di samping meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran dalam sukan ini. Selain itu, murid-murid juga dapat mewujudkan semangat kerjasama dan sosialisasi dalam kalangan murid Pendidikan Khas.