SELAMAT DATANG KE BLOG PENDIDIKAN KHAS SK MELEKEK

Monday, September 27, 2010

Kemahiran Membeli-belah di Pasaraya Mydin


Program lawatan sambil belajar dijalankan untuk meningkatkan fungsi kognitif, emosi serta psikomotor murid-murid, merangsang murid keperluan khas untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran dan sebagai salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan diri murid ketika berada di tempat awam. Program ini telah dijalankan pada 29 Julai 2010, hari Khamis dari pukul 10.00 pg – 1.30 petang. Program ini telah berjaya mencapai objektifnya kerana muri-murid dapat menyiapkan tugasan yang deberikan dengan betul dan tepat

Sambutan Hari Lahir Kali Pertama 2010


Sambutan hari jadi kali pertama telah diadakan pada 23 Julai 2010 (Jumaat). Ia merupakan satu aktiviti tahunan untuk menghargai murid-murid pendidikan khas yang lahir dari bulan Januari hingga bulan Julai. Ini juga satu dorongan untuk murid-murid lebih menghargai diri sendiri dan rasa di hargai. Harapan sambutan ini juga adalah untuk memupuk hubungan yang baik antara guru dengan murid dan juga ibu bapa secara tidak langsung.

Kejohanan Padang Dan Balapan Zon Alor Gajah 2010


Kejohanan Padang dan Balapan Pendidikan Khas Zon Alor Gajah telah diadakan selama 2 hari (19 dan 20 Julai 2010) di SK Dato’ Naning. PPKI Sekolah Kebangsaan Melekek telah menghantar seramai dua belas (12) orang pelajar sebagai atlet kejohanan mewakili sekolah ke peringkat zon Alor Gajah. Seramai lima (5) orang guru dilantik sebagai pegawai teknikal kejohanan, seorang (1) guru pengiring selaku pengurus pasukan dan dua (2) orang pembantu pengurusan murid terlibat dalam kejohanan tersebut. PPKI SK Melekek telah berjaya merangkul 2 pingat emas, 5 perak dan 3 gangsa.

Majlis Perpisahan Guru Praktikum






Majlis ini diadakan pada 23 April 2010 iaitu pada hari Jumaat. Majlis ini adalah untuk meraikan guru praktikum, Cikgu Naziera dan Cikgu Ayu dari IPPM, Melaka.

Terapi Boling






Terapi boling telah diadakan pada 14 April 2010 (Rabu) di Ampang Superbowl, Mahkota Parade. Terapi Boling ini dijalankan khusus untuk memperkenalkan permainan Boling kepada murid-murid Pendidikan Khas di samping meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran dalam sukan ini. Selain itu, murid-murid juga dapat mewujudkan semangat kerjasama dan sosialisasi dalam kalangan murid Pendidikan Khas.

Sunday, September 26, 2010

Pertandingan Nasyid Sempena Maulidur Rasul






Murid-murid PPKI SK Melekek telah menyertai pertandingan nasyid sempena Maulidur Rasul. Pertandingan ini dianjurkan oleh Panitia Agama Islam. PPKI berjaya mendapat hadiah saguhati dalam pertandingan ini.

Lawatan ke Balai Bomba, Alor Gajah











Lawatan sambil belajar ke Balai Bomba, Alor Gajah telah dijalankan pada 24 Februari 2010, iaitu pada hari Rabu, jam 8.00 pagi hingga 12.00 tgh. Lawatan ini telah disertai oleh 15 orang murid bersama-sama 6 orang guru PPKI. Antara Objektif lawatan ini adalah:
1. Pendedahan secara terus kepada semua pelajar tentang tempat awam di Malaysia seperti Jabatan Bomba.
2. Melahirkan keyakinan diri di kalangan murid Pendidikan Khas di tempat baru untuk diaplikasikan di sekolah nanti.
3. Mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama di antara murid, guru dan PPM.
4. Membolehkan murid menyalurkan segala pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh untuk digunakan di sekolah.
5. Murid-murid PPKI boleh berjalan-jalan, dan belajar bersosial serta cara-cara bertatasusila ketika berada dalam masyarakat.
6. Menambah pengetahuan murid terhadap fungsi dan aktiviti jabatan bomba.
Aktiviti yang dijalankan antaranya adalah ceramah keselamatan, demonstrasi menyelamatakan diri dari kebakaran, menaiki jentera bomba dan mengenali jentera bomba.

Minggu Bahasa Melayu






Minggu Bahasa Melayu telah diadakan pada 8 hingga 12 Februari 2010. Sepanjang minggu ini, pelbagai aktiviti telah diadakan. Antaranya Pertandingan Mendeklamasi Sajak, Berpantun, Bercerita dan banyak lagi. Murid PPKI telah menyertai pertandingan mendeklamasikan sajak. Penyertaan terdiri daripada 4 orang murid iaitu Adik Mohd Syafiq, Adik Noraini, Adik Noraisha dan Adik Mohd Syawal. Peserta PPKI iaitu Adik Noraini berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan ini. Adik Noraini juga berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan bercerita. Syabas diucapkan.

Majlis Perlantikan Ketua Darjah 2010



Murid PPKI, Adik Noraini bt Osman telah dilantik sebagai ketua darjah bagi Program Pendidikan Khas Integrasi bagi tahun 2010. Adik Noraini telah menerima watikah pelantikan bersama-sama murid aliran perdana iaitu pada 25 Januari 2010.